Sabtu, 9 Mac 2013

"masihkah ada sinar untukku???....."

.. permata ISLAM .. 


Usai sahaja solat zuhur di masjid negeri,hawa dan aini lantas ke restoran untuk makan tengah hari..
 "wahh..!hawa,cuba kau tengok akak yang kat sne tu, untunglah dia kan, dah la solehah,alim plus ngn cantik plk tuu.." ,kata aini sambil menunjukkan ke arah gadis yang lengkap berpurdah .
"A'ah..bukan senang nak cari yg jenis macam tu sekarang..orang kata satu dalam sejuta la.Hmm..tapi, kau percaya tak yang suatu hari nanti kita akan jadi macam tu?",jawab Hawa..
"Layakkah aku , hawa??",soal aini..
"Aini,ketahuilah bahawa ALLAH tidak akn  pernah membiarkan hambanya yang ingin kembali padaNYA keseorangan.Insya allah, kita sama-sama.Aku tak akn lepaskan tangan kau,aini..", Hawa memberikan harapan.
...............................................................................................
3.00 a.m. 
Aini bingkas bangun dan mengambil wuduk.
Lantas menunaikan solat tahajjud dan solat taubat.Memohon petunjuk dan rahmat daripada ALLAH. Mutiara air matanya jatuh tiap kali mengungkap doa kepada sang pencipta.

"Ya Allah,ampunilah dosaku dan kedua orang tuaku serta keluargaku.Ampunkan aku saat aku lupa mengucapkan syukur padaMU..Amin"


........................................................................................................


"Woi,apa barang kalau setakat dapat rm 50 hinggit jer..Cube kau contohi samseng high class mcm aku ni,sekali copek da dapat rm 500..Lain kali usha dulu sape mangsa kau.Faham?? Dah la , bagi sini duit tu.. tak gune betul ad anak buah mcm kau ni.." bentak Aini..

"so..so..sorry bos, saya igtkan dia anak orang kaya.." jawab nadia ketakutan..
"Argh, buang masa aku je la.. Fatin, sarah , dira ! pegi belasah budak ni!!" arah Aini..
"Ampunkan saya , boss!!!"rayu nadia..
Pujuk dan tangis Nadia tidak diendahkan. Malah Aini sambutnya dengan ketawa dan bangga merasakan bahawa dirinya sangat hebat. Tapi ,hakikatnya Aini hanyalah seorang gadis berusia 19 tahun..
Tubuh Nadia berlumuran darah dan sangat lemah.Aini n the gang hanya membiarkan dan berlalu daripada situ.
+++++++++++++++++++++

"Bos, hari ni nak lepak mane?"tanya Dira.

"Aku tak de mood la hari ni..kita pergi tempat biase je la..", jawab Aini.
"ok!!"serentak Fatin,sarah dan Dira menjawab.

+++++++++++++++++++++++++++


"Bos, mlm tadi saya usha kat rumah banglo tu..mmg kat situ tak de guard.so,senang la kerja kita nk cari 'makan' nanti..Amacam??" , kata Fatin..

"Ikut suke hati korang la.Korang plan siap-siap, then inform kt aku..Aku nak balik rumah kejap. nak makn .", jawab Aini..

Sebelum pulang ke rumah, Aini menukar baju ketat yang dipakainya ke baju kurung dan lengkap bertudung. Sejahat-jahat Aini, sungguh dia tidak ingin neneknya di rumah mengetahui kegiatan jahatnya.


"Assalamualaikum,,nenek...oo...nenek...Aini da balik ni.."

"Waalaikummussalam..Aini , cucu nenek..meh masuk ..nenek masakkan gulai tempoyak ni..Aini mesti suka punye..", 
kelihatan susuk tua menyambut Aini di hadapan pintu rumah.Ya. sememangnya Aini merupakan anak yatim piatu dan kini Aini tinggal bersama neneknya di rumah yang uzur.
"terima kasih , nenek ..Sayang nenek...!", ucap Aini kepada neneknya..

Sememangnya Aini sangat sayang akan neneknya.Hanya neneknya sajalah tempat untuk dia bermanja setelah peristiwa kemalangan tragis yang ditimpa oleh ibu dan ayahnya. Bukan mudah untuk Aini terima hakikat...


++++++++++++++++++++++++++++++++


tok! tok! tok! kedengaran bunyi balingan batu terkena dinding papan di biliknya.Aini mengerling ke arah jam ,, '2.45 pagi???', bisik hati kecilnya..

"Bos,saya ni, Dira..cepatla keluar bos,ada projek besar ni.", jeritan halus kedengran dari luar jendela.

Malam itu,mereka berempat memulakan projeknya.Target sudah ditetapkan.Banglo besar menjadi point utama.

"ok,fatin ngn sarah,korang jaga belakang..dira,kau ikut aku,kita masuk ikut tingkap bilik utama.",arah Aini.
Dengan cermat,mereka memulakan langkah tanpa sebarang bunyi.Aini yang arif bab-bab ni,mula masuk ke ruang bilik utama dengan mudah.Namun,pelik sungguh kerana tiada sesiapa di katil.'Mungkin bercuti agaknya,sebab tu orangnya tiada.',Aini bermonolog dalam hati.
Tanpa soal panjang, Aini terus ke almari dan mengambil sebanyak yang mungkin.Rezeki di depan mata..Apa lagi, songlap la..

Menyedari Dira yang telah tiada,Aini terus melangkah keluar dari bilik dan terlihat suatu bilik yang terang - benderang.Aini kemudian mendekati bilik itu,terdengar suara orang menangis,,,

"Ya Allah,ampunkan dosaku.Jauhkanlah aku dari fitnah dunia.Rahmatilah aku dunia dan akhirat.Matikanlah aku dalam husnul khatimah...",suara itu jelas kedengaran.
Tanpa sedar,air mata Aini jatuh ke pipi.Sebak di dadanya.Entah mengapa,hatinya begitu terusik mendengar bait-bait doa dari suara itu.
'Astaghfirullah!Apa yang aku lakukan ini!'
Tekad Aini untuk pulang ke rumah.Wajah nenek terbayang di ingatan.'Maafkan Aini,nenek.'isk..isk...rintih Aini dalam hati..

Namun,hampir luluh jantung Aini apabila melihat rumah uzur nenek kini terbakar di depan mata.Apa yang berlaku??

"Nenek!!!Nenek!!! Nenek kat mana???Keluarlah nenek!!!",jerit Aini.
Saat itu , jiran-jiran datang dan membantu memadamkan api di samping menenangkan Aini yang tidak keruan.
Selepas api terpadam, Pak Abu,jiran Aini membawa jenazah nenek keluar.Api yang marak itu sedikit pun tidak mencacatkan wajah nenek yang tika itu lengkap bertelekung. "Ampunkan Aini,nenek!!!Bangunlah nenek.maafkan Aini.",isk..isk.. 
Namun segala-galanya sudah terlambat..Aini kini keseorangan lagi..
Aini tidak punya apa-apa lagi.Sikit pun tidak..

Hampir gila dibuatnya.Lantas Aini terus lari tanpa arah tuju.Dibiarkan jenazah neneknya bersama jiran-jiran tetangganya.

Aini berlari tanpa arah tuju.Hatinya sebak.Pedih amat.

Tanpa sedar,Aini kini berada di hadapan pintu pagar masjid..Kedengaran azan subuh berkumandang.Aini tidak terdaya lagi . sejurus kemudian ,Aini pengsan.


++++++++++++++++++++++++++++++++


"Assalamualaikum , ya ukhti.. Macam mana keadaan awak?", pandangan Aini kabur tetapi suara itu jelas kedengaran.

"Nama saya Hawa,saya jumpa awak kat depan pintu masjid tengah pengsan.", tutur Hawa.

___________________________________________________


'ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR.....'

'ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR....'

'Alhamdulillahillazi ahyana ba'da ma amatana wailaihinnisyur

'Aini terjaga dari tidur. Kisah silam yang lalu masih segar di ingatan.

selepas solat subuh di pgi yang hening,Aini berdoa dalam tangisan.Moga-moga Allah menerima taubatnya..Sungguh , Aini sangat kesal terhadap perbuatannya dahulu. Aini sangat merindukan neneknya.Aini membaca mathurat yang diberi oleh neneknya sewaktu hari lahirnya yang ke 15.Kata nenek,banyakkan membaca mathurat sebagai zikir harian.

Aini yang kini 22 tahun juga sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan Nadia..Aini berharap agar Nadia sudi untuk memaafkan dirinya.

...................................................................


"Assalamualaikum..Aini..ooo.. AINI..",suara Hawa memberi salam.

"Waalaikummussalam..ye sayangku Hawa..hehe..",dengan kasih Aini menjawab.
"Aini,jom teman aku pergi Taman Tasik Shah Alam..Ada usrah facebook la kat sane..jom la..",pinta Hawa.
"Hmm..Insya ALLAH..aku pon tak de aktiviti hari ini."
"ok,siap-siap ye..pukul 8.00 nanti ,aku amik kau.."

......................................................................


~TAMAN TASIK , SHAH ALAM ...


'Hadirin sekalian,ahlan wasahlan untuk semuanya..',pengerusi usrah facebook memulakan bicaranya..

....
...
...

"Hawa,ramai jugak ye ahli usrah facebook ni,seronok dapat berkumpul macam ni.Macam taman hiburan Islam la pulak..hehe..",kata Aini.

"Memang ramai pon,tapi sepatutnya lagi ramai ni..mungkin ada yang tak datang kot.."
"Hmmm....",Aini begitu kagum dengan semangat ahli-ahli usrah ini yang begitu ingin mendalami ilmu islam..
Seketika,Aini terpandang seraut wajah yang amat dikenalinya.....
'Eh,,Nadia!!!', tanpa disangka,Allah telah mengabulkan doa Aini...

pukul 10.00 pagi, ahli usrah facebook disajikan dengan sarapan pagi.Mungkin inilah waktu yang sesuai untuk Aini bertegur sapa dengan Nadia.

"Assalamualaikum..Nadia..", Aini menghulurkan lafaz bicaranya.
"Waalaikummussalam,,eh Aini .", lantas Aini terus memelukku.terkejut dengan tindakan spontan Nadia.Sangkanya , Nadia akn memarahinya..Lain pulak jadinya kini.
"Nadia,Aini minta maaf sangat-sangat atas dosa yang Aini dah buat.Aini menyesal .Menyesal sangat-sangat.Kalu diizinkan Allah,Aini nak putarkan masa waktu itu.",sambil menangis Aini berkata.
"Aini.....Nadia percaya , semua yang terjadi ni, Allah dah takdirkan.Pertemuan ini pun , Allah dah takdirkan.Memang Nadia dah lama doa untuk bertemu dengan Aini. Alhamdulillah ,Allah dah kabulkan..",ucap Nadia,lembut.
Dalam dakapan yang erat,Nadia berbicara lembut.'Duhai Nadia ,sungguh suci hati nuranimu.'

.........................................................................


'Pertemuan dan memori yang tercalit sebentar tadi,akan aku abadikan dalam diari hidupku.

Indahnya pertemuan tatkala hati bertemu Ilahi'
.....................................................................

Setelah itu, Aini juga mendapat tahu mengenai cerita sebenar mengenai kebakaran di rumah neneknya.Ternyata Sarah,Dira dan Fatin yang menjadi dalang.Mungkin mereka menyimpan dendam terhadap Aini dan merancang awal-awal  strategi mereka.Mereka kini ditangkap dan dipenjara 20 tahun


.........................................................................

~hari yang indah,...........................

Nadia menelefon Aini danmengajak untuk bertandang ke rumahnya.Undangannya disambut dengan hati yeng terbuka.Tepat pada pukul 4.30 petang, Hawa dan Aini sampai ke rumah Nadia di Bukit Bintang.

"Assalamualaikum,Nadia."
"Waalaikummussalam,eh da sampai rupanya.Silakan massuk."
Kami berborak panjang dan Nadia menceritakan bagaimana dia berubah..
..
..
..
"Nadia,ada nampak tak kat mana abang letak kopiah putih abang??", kelihatan seorang lelaki turun dari tangga.Terkejut melihat kami berdua.
"Eh,abang..kenalkan,ini kawan Nadia.."
"oo..Assalamualaikum..minta maaf ye..",kata Haikal, abang kepada Nadia.
Tatkala itu ,mata Aini saling bertentangan dengan  mata Haikal........................
..
..
..
..
..
...................................................................................


ALLAHURABBI..Maha Pengasihnya ALLAH kerana menghadirkan kebahagiaan dalam hidup hambaNYA.

Siapa sangka pertemun yang tidak sampai lima minit itu ,merupakan anugerah daripada ALLAH untuk  Aini mengecap kebahagiaan.

"Aku terima nikahnya , Aini Diana binti Umar dengan mas kahwinnya senaskah alquran."


........

........

Aini kini seorang ustazah yang berpurdah dan penulis novel islamik ..

Niat di hatinya untuk membantu ummat islam kembali kepada fitrahnya.
Maka, benarlah janji ALLAH.Allah membantu hambanya yang tidak putus-putus memohon pertolongan padaNYA...

...............................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan